Peningkatan peranan dan pengaruh China di Asia Selatan sepanjang dekad yang lepas membawa implikasi besar ke atas politik, ekonomi dan keselamatan serantau.<br /><br />Malah, kebangkitan kuasa China juga telah membawa pelbagai cabaran baharu kepada India, khususnya apabila China dilihat lebih memihak kepada Pakistan dalam pertikaian India-Pakistan berhubung isu Kashmir. <br /><br />Namun, menurut Pakar Pengajian Strategik & Hubungan Antarabangsa, UKM, Prof Madya Dr Ravichandran Moorthy, masalah utama antara China dan india adalah pertelingkahan sempadan legasi dari penjajahan.